Thursday, December 1, 2011

Kesedaran mengenai lelaki baik utk pmpn baik, lelaki jht utk pmpn jht???

Kalau ramai yang menganggap Allah telah menjanjikan pasangan yang baik kepada orang baik dan pasangan jahat kepada orang jahat, sebenarnya anda telah tersalah.. habis kalau tiba-tiba anda dapat pasangan yang jahat, anda nak salahkan Allah kerana mungkir janji? anda yang telah tersalah faham ok.. situasi seperti ini banyak berlaku dalam masyarakat kita..

contohnya kawan aku sendiri pernah berkata "abang aku seorang yang baik dan alim, tapi kenapa isteri dia perangai macam taik? kan lelaki baik untuk perempuan baik?" nak contoh lain lagi? yang ni aku pasti ramai tau "seorang artis perempuan terkemuka di malaysia dahulunya seksi tapi selepas berkahwin dengan ustaz, sampai sekarang dia tidak pernah mendedahkan aurat dia" :)

Dalam Islam, seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.. kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu, untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan.. ini adalah dakwah.. ini bukan isu terima 'bekas orang' ataupun terima orang jahat.. kalau anda tidak mampu melakukan itu, carilah pasangan yang anda rasakan sesuai untuk anda..

Dalam Islam, kalau seseorang tu telah bertaubat, kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu.. kalau tidak, berdosa.. sebab dalam Islam, orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.. even 'bekas orang' pun kalau dia sudah bertaubat, dia lebih bersih dari yang belum bertaubat.. tetapi masyarakat kita tidak boleh menerima hakikat ini..

lagi sekali aku nak tegaskan dalam entry ini, aku bukan menulis entry ini untuk menggalakkan zina dikalangan masyarakat.. zina itu haram dan boleh mendatangkan banyak permasalahan terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. kalau pernah terlanjur dan sudah bertaubat, LIFE MUST GO ON :) ingat tu..

4 comments: