CINTAilah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silamnya tidak perlu diungkit lagi, sekiranya kamu benar-benar menCINTAinya setulus hati.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang menCINTAi kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna menyesal kerana perginya tanpa berkata apa² lagi.
Perkara yg menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
CINTA akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tetapi CINTA akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yg kamu sayangi & CINTA tidak tahu apa yg kamu rasakan.
No comments:
Post a Comment